Wednesday 25 November 2015

MAKANAN MUSIM PERAYAAN BAGI KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA


Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Dari segi aspek kepelbagaian makanan ini telah sedikit sebanyak menjadi pemangkin perpaduan yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.


1) Kaum Melayu 



Lemang


Lemang enak dimakan bersama rendang ayam, daging mahupun kuah kacang. Lemang dimasak menggunakan beras pulut, santan dan disalut dengan daun pisang yang sudah siap diisi di dalam batang buluh. Antara menu wajib menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Hari  Raya Aidiladha. 


Ketupat



Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk. Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak.
                      Nasi impit, sate, dan kuah kacang


Juadah ini biasanya disediakan pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha di negeri Kelantan.

Semperit 

Tart Nanas



2)Kaum Cina



Kuih Bakul

Kuih Bakul sering mendapat sambutan pada musim perayaan Cina. Manisan kuih ini memang enak dan sedap dikunyah kerana diperbuat daripada tepung beras yang dimasak dengan gula. Secara amnya, kuih ini kebiasaanya dimasak di dalam bekas yang berlapik daun pisang dan di dalamnya bagi memberi aroma yang wangi dan menjadi kuih ini lembut. 

Yee Sang

Kebiasaanya di musim perayaan Tahun Baru Cina di mana kaum keluarga duduk di meja bulat dan menggaulkan makanan-makanan sayuran bersama dengan menggunakan chop stik.
Makanan besar Yee Sang ini terdiri daripada beberapa hirisan memanjang sayuran yang berwarna-warni dan pelbagai tekstur. Ianya merupakn simbolik majmuk yang cukup penting dalam masyarakat cina untuk mengeratkan silaturahim sesama kaum keluarga dan sahabat handai. 


3) Kaum India
Muruku



                                      Ulundhu Vadai 

Ulundhu Vadai sejenis makanan tradisional kering malah kuih tersebut berbentuk gelung. Ianya turut dhidangkan pada hari perayaan Deepavali.  Ulundhu Vadai merupakan sejenis makanan orang India Selatan. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Ulundhu Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak untuk memastikan gorengannya menjadi mampat. Ulundhu Vadai diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundhu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama kuah kari.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA! :)



                                                                                                                                  #NAJWA



No comments:

Post a Comment