Video Bar

Loading...

Wednesday, 25 November 2015

KUIH MUIH TRADISIONAL

                  Lestari sajian melayu agar tak lepuk dek zaman

                                       




            Satu blog yang cukup membuka selera, maklumat yang padat berkenaan dengan kuih-muih tempatan. Masyarakat melayu kaya dengan khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam masak memasak. Ramai pelancong yang suka berkunjung ke Malaysia kerana negara kita kaya dengan makanan berenaka jenis, ini disebabkan negara Malaysia terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum. 

Antara jenis kuih muih tempatan di Malaysia.

KUIH NETBAT



Merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur yang popular di Malaysia terutama di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu pada bulan ramadhan. Netbat akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan bunga cengkih bagi memberi bau yang wangi dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula melaka.

KUIH LOPES DAN AIR GULA MELAKA

  


Merupakan salah satu kuih tradisional bagi masyarakat melayu yang diperbuat daripada beras pulut yang dikukus dalam kukusan. Setelah sejuk ia dipotong dan disajikan bersama kelapa parut dan sirap gula melaka. 

KUIH SAGU MERAH 

 

Kuih Sagu merah atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih sagu merah ini dimakan bersama dengan kelapa parut.

KUIH TEPUNG PELITA


Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.

Di sini saya ingin kongsikan satu resepi kuih yang mudah dan ringkas iaitu kuih ketayap.

KUIH KETAYAP

 

                                     Bahan-Bahan:
Bahan untuk inti:
·         1/2 biji kelapa parut
·         1/4 cawan gula melaka
·         1/4 cawan gula pasir
·         2-3 helai daun pandan
·         1/2 sudu kecil garam
Bahan untuk kulit:
·         2 cawan tepung gandum
·         2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
·         1 biji telur
·         4-5 helai daun pandan
·         1 sudu kecil garam
·         2-3 titik pewarna hijau (optional)
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk inti:
1.    Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
2.    Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
Cara-cara untuk kulit:
1.    Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
2.    Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
3.    Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
4.    Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.
               terima kasih sudi singgah ke blog kami!
                                                                                                                                #atikah mohammad

No comments:

Post a Comment