Tuesday 17 November 2015

5 MAKANAN KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA DI PASAR MALAM



Rakyat Malaysia dan makanan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Daripada berpuluh-puluh juadah yang dijual di pasar malam, terdapat beberapa jenis makanan yang disukai oleh rakyat Malaysia.

Berikut adalah 5 jenis makanan yang dijual di pasar malam yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia:



SAMOSA

(COPYRIGHT GAMBAR-GAMBAR ADALAH MILIK SAYA  ^_^)

Samosa bukan sahaja terkenal di pasar malam, malah turut digemari masyarakat ketika 
di bulan puasa.
Samosa juga dijual di bazar Ramadan.



MURTABAK



\Okay murtabak ini selalunya dijual dengan dua jenis inti. Pelanggan boleh pilih samada mereka mahu inti daging atau ayam. Yang penting dua-dua inti sedap!







  SOSEJ/SCALLOP/DAGING BERSAMA SOS LADA HITAM




Menurut Akak yang menjual di pasar malam Balik Pulau, juadah ini bukan sahaja digemari oleh kanal-kanak, malah orang dewasa turut tertarik untuk membelinya. 





AYAM GORENG


Ayam goreng yang dijual di pasar malam mungkin tidak sama standard dengan ayam goreng yang dijual di KFC,
tetapi masih berbaloi dan berpadanan dengan harganya.
Dan yan paling penting, SEDAP!




TAKOYAKI



Okay takoyaki ini merupakan makanan dari negara Jepun tetapi sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia sudah mula pandai menikmati makanan ini. Pelbagai jenis takoyaki yang dijual sepeti ‘cheese’ dan ‘chicken’ direka oleh peniaga untuk ‘dipadankan’ dengan ‘lidah’ rakyat Malaysia.

Jangan bersedih kalau makanan kegemaran anda tidak tersenarai kerana ini hanyalah senarai 5 makanan kegemaran rakyat Malaysia di pasar malam berdasarkan survey yang dibuat oleh saya di Pasar Malam Balik Pulau, Pulau Pinang.

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Terima kasih kerana membaca!




#HANISYA


No comments:

Post a Comment